Tuesday 13 September 2016

Aku.Muzik.Hamba.Kamu

Assalamualaikum,

Hari ini tanggal 13 September 2016,
Saya ingin memulakan pembukaan blog ini dengan sedikit pengenalan tentang diri saya.
Sebelum saya memulakan pengenalan diri saya,saya ingin memberitahu tujuan blog ini adalah untuk memberi ilmu atau apa sebarang manfaat yang boleh diterapkan pada sesiapa yang membaca atau menuruti dengan amat blog ini.Nama diberi Amirul Ariff Animullah Al-Haq Bin Mohd Saroni dan dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru pada tanggal 17 November 1990.Saya dulu pernah bersekolah di banyak tempat antaranya ialah di MRSM Batu Pahat dan Sekolah Sultan Ismail,Johor Bahru.Setelah zaman persekolahan,saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Korea Selatan dan sempat menelaah ilmu di sana hampir setahun.Saya seorang hamba Allah SWT yang biasa2 sahaja dan apa yang ada pada diri saya ialah pendapat atau kaca mata saya pada sesuatu isu semasa atau sarwajagat yang sedikit berbeza daripada kebanyakan pendapat umum.Perbezaan itu normal kerana tidak kiralah sama ada ia perbezaan pendapat ataupun personaliti,yang penting ialah kita raikan perbezaan itu.Untuk pengetahuan anda semua,saya juga seorang yang introvert dan juga mempunyai darah jawa daripada susur galur keturunan belah bapa saya di Jawa Timur atau lebih tepat lagi tempatnya ialah di Magelang,Jawa ,Indonesia.Saya boleh dikatakan mampu berbahasa Jawa dan Indonesia sedikit2..hihi.Mungkin ini sajalah coretan saya sebagai mukadimah pengenalan daripada sang pengembara ilmu buat masa ini.Saya berharap dan berdoa semoga mendapat sokongan daripada kalian semua iaitu sahabat handai serta keluarga.Semoga blog ini bermanfaat untuk semua.

Yang baik dari Allah SWT dan yang buruk dari kesilapan saya sendiri.

P/S: Saya juga peminat Manchester United dan warga bangsa Johor. :P

3 comments: